Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya satu kontena campur babi, daging import selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya satu kontena campur babi, daging import selamat

Satu kontena sahaja yang didapati bercampur daging babi dan kambing, jelas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Longgokan kontena di sebuah pelabuhan. Empat kontena yang mengandungi daging disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. — Foto Reuters

Ketua pengarahnya berkata tiga kontena lain sekadar memalsukan dokumen kerana mengimport daging dari Sepanyol dan Brazil, lapor portal Utusan Malaysia.

Datuk Mokhtaruddin Husain menjelaskan empat buah kontena sahaja yang telah dirampas atas beberapa kesalahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

“[…] hanya satu daripadanya yang bercampur di antara daging babi dan kambing.

“Tiga yang lain memalsukan dokumen pengisytiharan kemasukan kerana mengimport daging dari Sepanyol dan Brazil kerana seharusnya semua daging adalah diimport dari Australia,” katanya.

Selasa lalu, sebuah syarikat import dilaporkan melanggar peraturan dengan mencampur daging kambing dan babi dalam beberapa kontena.

Empat kontena itu dengan berat dianggarkan 120 tan dan bernilai kira-kira RM2 juta disita di pelabuhan itu dalam operasi 17 Julai lalu.

Dalam tiga kontena sejuk beku, ketika dirampas jam 1 tengah hari, daging-daging itu disusun bercampur, lapor Harian Metro.

Mokhtaruddin turut menafikan dakwaan di media sosial yang menyebut 74 kontena yang mengandungi daging babi sudah terlepas pemeriksaan jabatannya.

Orang ramai diseru tidak was-was dengan daging import kerana Maqis memastikan setiap kemasukan daging tersebut selamat, katanya seperti dilaporkan.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Hanya satu kontena campur babi, daging import selamat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tt5qvf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.