Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hari Jadi ke-46, Eizlan Yusof Terkejut Dapat 14 Biji Kek - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hari Jadi ke-46, Eizlan Yusof Terkejut Dapat 14 Biji Kek

Bulan ini ramai artis tanah air yang meraikan ulang tahun kelahiran mereka antaranya seperti Uqasha Senrose, pengarah Ahamd Idham Dato’ Eizlan Yusof, Dayang Nufaizah dan Nelydia Senrose yang akan meraikan ulang tahun ke-22 pada 30 Julai ini.

Bagi Eizlan Yusof, sambutan hari jadinya yang jatuh pada 14 Julai lalu cukup istimewa malah memberi kejutan yang tidak pernah berlaku sepanjang hidupnya.

“Selama 45 tahun saya hidup, saya tidak pernah sambut hari jadi. Anak bongsu saya, hari jadinya sama dengan saya tapi sebelum ini kalau setiap kali sambut bersama, dia lah yang akan lebih diraikan.

“Tapi tahun ini, alhamdulillah saya rasa terharu dan terkejut kerana tidak menyangka ramai kawan serta kenalan meraikan hari jadi saya. Kelmarin, kawan-kawan masih raikan hari jadi saya bersama Ahmad Idham.

“Kalau di kira, setakat ini saya dapat 14 biji kek. Tiga daripadanya adalah kiriman daripada individu yang saya tidak kenal kerana mereka hanya hantar di pondok pengawal di rumah saya dan tidak menyatakan nama pengirim.

“Apapun, saya rasa bersyukur dan gembira atas pemberian tersebut. Disebabkan saya tidak pernah meraikan hari jadi saya seperti ini, buat saya rasa ‘feeling’ pula,” tuturnya sambil tertawa.

Eizlan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri terbaharu lakonannya, Dendam Aurora.

Drama yang turut dibintangi Nabila Huda, Ungku Ismail, Dian P. Ramlee dan Shah Iskandar itu bakal ditayangkan di Astro Ria dan Astro HD Maya mulai 25 Julai ini.

Sementara itu diajak berkongsi mengenai kehidupannya kini, Eizlan berkata dia semakin selesa menjalani rutin sebagai bapa tunggal selepas bercerai dengan Vie Santie Harun kira-kira tiga tahun lalu.

Selain menumpukan pada kerjaya, dia tidak lupa tanggungjawabnya terhadap tiga cahaya matanya, Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang kini berada dibawah jagaan bekas isteri.

“Alhamdulillah, kehidupan saya okay. Saya bersyukur kerana bekas isteri tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya boleh berjumpa mereka pada bila-bila masa yang saya mahu,” katanya.

Dalam pada itu, Eizlan mengakui dia kini semakin banyak bersosial juga aktif di akaun media sosial Instagram.

“Kalau tengok di Instagram saya, saya sudah semakin banyak bersosial sekarang berbanding dulu. Kalau ada masa lapang, saya suka buat macam-macam aktiviti seperti menyelam dan sebagainya,” katanya.

Diusik dengan pertanyaan tentang mencari pengganti, Eizlan sambil tersenyum berkata buat masa ini dia masih belum bertemu dengan mana-mana wanita yang dirasakan sesuai untuk dijadikan isteri.

“Buat masa ini belum jumpa lagi (senyum). Sebenarnya saya hanya bagi masa pada diri saya dua tahun saja lagi kerana faktor usia saya. Seandainya dalam tempoh itu saya tidak berjodoh dengan sesiapa, maka saya tidak akan memikirkan soal itu lagi,” katanya.

The post Hari Jadi ke-46, Eizlan Yusof Terkejut Dapat 14 Biji Kek appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ubd5Lq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.