Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Sedang Membangunkan Telefon Pintar Untuk “Pemain Video Tegar” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Sedang Membangunkan Telefon Pintar Untuk “Pemain Video Tegar”

Razer merupakan salah satu syarikat yang popular dikalangan para peminat permainan video – dimana mereka menawarkan komputer riba dengan kuasa pemprosesan dan grafik tinggi, disamping menyediakan sejumlah aksesori menarik dibawah jenama Razer yang sinonim dengan warna hijau. Disamping itu, Razer juga membuat kejutan sebelum ini dengan mengambil-alih salah satu syarikat pengeluar telefon pintar, iaitu Nextbit.

Sejak daripadanya, tiada sebarang perkara dikongsikan dan Razer senyap sahaja mengenai perancangan mereka.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Razer sedang membangunkan sebuah telefon pintar yang menyasarkan kepada para pemain video tegar. Dengan populariti permua seperti Vainglory, Mobile Legends, Clash Royale, dan sebagainya yang semakin meningkat popular, ia merupakan salah satu perkara yang dijangka dimana pengeluar hadir dengan peranti yang dioptimasikan untuk permua.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah Razer akan melancarkannya. Razer merancang untuk menyenaraikan syarikat mereka untuk penawaran saham – dan mungkin dengan dana tambahan yang akan diperoleh melaluinya, Razer akan dapat menawarkan telefon pintar dan bersaing dengan pelbagai jenama popular lain – apatah lagi dengan Razer yang mempunyai pengikut mereka tersendiri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tJXZuU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.