Heboh, Pasangan Beza Umur Datangi Klinik Bidan, Nenek Rohaya Hamil?
Kehadiran pasangan luar biasa beza usia, Rohaya yang berusia 71 tahun dan suaminya Slamet Riyadi (16) di klinik bidan Jalan Prof M Yamin, Kelurahan Pasar I, Prabumulih Utara membuat netizen heboh.
Slamet dan Rohaya berfoto bersama di pejabat Sumeks.
Banyak netizen yang mengambil kesempatan untuk berselfie dengan si nenek yang namanya sudah tular itu.
Memang, pasangan Rohaya dan Slamet Riyadi sedang menikmati masa bahagianya. Pasangan beza umur ini secara tiba-tiba menjadi selebriti dengan agenda padat.
Malah, kedua-duanya sudah tampil sebagai bintang tamu pada talkshow "Hitam Putih" episod Love is Blind di Trans7 pada Rabu (12/7) di Jakarta yang dihoskan oleh Dedy Corbuzier.
Pasangan Slamet (16) dan Rohaya (71) semasa menginap di salah satu Hotel di Palembang.
Pulangnya dari Jakarta, pasangan itu meluangkan masa singgah di Graha Pena Sumatera Ekspres (Jawa Pos Group). Perjalanan panjang itu membuat Rohaya keletihan.
Kemudian, pada Rabu malam (13/7), kira-kira pukul 20.30 WIB, memutuskan untuk ke rumah salah seorang kerabatnya di Prabumulih sebelum meneruskan lagi perjalanannya ke Desa Karangendah, Kecamatan Lengkiti, Kabupaten Ogan Komering Ulu, Provinsi Sumatera Selatan.
Peluang itu juga dimanfaatkan Rohaya juga datang ke sebuah klinik bidan di Jl Prof M Yamin, Kelurahan Pasar I, Kecamatan Prabumulih Utara untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Ternyata bukan kerana hamil tetapi keletihan.
Sementara si suami yang juga keletihan memilih untuk tinggal dalam kereta. Setelah diperiksa, rombongan meneruskan perjalanan ke Batu Gajah.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiFzlo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment