Hi! Welcome Back and Stay Tune! SELANGOR TERKEJUT SPR LUPUS DAFTAR PEMILIH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SELANGOR TERKEJUT SPR LUPUS DAFTAR PEMILIH

KERAJAAN Selangor hari ini terkejut selepas diberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melupuskan daftar pemilih 1994 dan 2003.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, beliau terkejut apabila mengetahui data tempatan, nama dan alamat 136,272 pengundi di Selangor yang digunakan SPR dalam persempadanan semula untuk tahun 1994 dan 2003 dilupuskan.

“Perkara ini adalah amat serius, bagaimana SPR boleh memusnahkan data rasmi yang merupakan rujukan utama dalam proses persempadanan semula dimusnahkan tanpa sebarang salinan.

“Data ini amat penting bagi pengundi Selangor untuk melaksanakan hak mereka untuk menyemak kesahihan persempadanan semula,” kata Azmin dalam catatan Facebook hari ini.
Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini juga mengecewakan kerana ia tidak memberi sebarang alasan untuk menolak rayuan Selangor dalam permohonannya untuk mendapatkan dokumen daripada SPR.

Selangor meminta mahkamah untuk memerintahkan SPR mengemukakan dokumen-dokumen yang digunakan dalam persempadanan semulanya.

Antara dokumen yang diminta Selangor ialah alamat 136,272 pengundi dan dokumen asal yang digunakan untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi dan aplikasi perisian komputer, Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang digunakan dalam persempadanan semula di Selangor.

Kerajaan Selangor juga meminta SPR mengemukakan beberapa minit mesyuarat, menunjukkan bagaimana ia melaksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk membersihkan daftar pemilih di seluruh negara pada 2012.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uLS0KQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.