Hi! Welcome Back and Stay Tune! DR M PERMUDAH HUBUNGAN HARAPAN, RAJA-RAJA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DR M PERMUDAH HUBUNGAN HARAPAN, RAJA-RAJA

Kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) membolehkan bekas perdana menteri itu menjadi penghubung antara mereka dengan raja-raja Melayu jika berjaya mengalahkan BN, kata seorang penganalisis politik.

Selain untuk menarik sokongan pengundi Melayu, James Chin berkata, HARAPAN sedar Datuk Seri Najib Razak dan BN tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah jika mereka kalah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kata pensyarah Institut Asia di Universiti Tasmania itu, BN mungkin cuba mengekalkan kuasa dengan mengisytiharkan darurat melalui Majlis Raja-Raja.

“Kumpulan ini sangat berkuasa. Yang di-Pertuan Agong perlu mengisytiharkan pemerintahan darurat dan baginda mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

“Walaupun Majlis Raja-raja mewakili kedaulatan Melayu, Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kedudukan sultan-sultan sepatutnya berada di atas politik.

“Bagaimanapun secara praktikalnya, mereka oleh menentukan siapa yang akan berada pada kedudukan teratas politik,” katanya dalam satu rencana disiarkan portal The Interpreter milik sebuah badan pemikir bebas berpangkalan di Sydney, Australia.

Boleh kurangkan kebimbangan

Beberapa tahun kebelakangan ini, kata Chin, tiga orang sultan campur tangan secara terbuka dalam pemilihan menteri besar di negeri masing-masing dan bertentangan dengan kehendak parti politik yang memenangi pilihan raya di situ.

“Hanya ahli politik yang terlalu bebal akan mengabaikan kehendak sultan-sultan Melayu,” katanya lagi.

Justeru, kata Chin, di situlah Dr Mahathir boleh memainkan peranan penting walaupun bekas perdana menteri selama 22 tahun itu tidak gemari oleh sesetengah sultan.

“Sultan-sultan mengenalinya dengan baik.

“Walaupun ada yang tidak menyukainya, mereka tahu dia sebahagian daripada tokoh yang mempunyai pengaruh besar di kalangan Melayu dan akan memastikan dominasi Melayu dalam kerajaan baru.

“Dua lagi teras penting masyarakat Melayu – perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan – juga kemungkinan besar akan menerima kerajaan bukan BN dengan adanya Dr Mahathir,” katanya.

Chin juga menjelaskan kebimbangan orang Melayu kepada DAP yang majoriti anggotanya adalah masyarakat Cina.

“Sebahagian besar orang Melayu takut kepada DAP yang dilihat mereka sebagai parti cauvinis Cina dan akan memusnahkan ketuanan Melayu serta ketuanan Islam jika mereka berjaya menguasai kerajaan.

“Dengan adanya Dr Mahathir mengetuai HARAPAN, kebimbangan itu dapat diminumumkan,” katanya.

Sementara itu mengenai kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Chin berpendapat, bekas timbalan perdana menteri itu mungkin diyakini sesetengah pihak dapat memainkan peranan seperti Dr Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, bekas orang kepercayaan Dr Mahathir itu dilihat sebahagian orang sebagai terlalu liberal selepas bekerjasama dengan DAP sejak lebih sedekad lalu.

“Majoriti masyarakat Melayu juga bimbang, di bawah Anwar banyak kontrak kerajaan yang diberikan kepada mereka melalui hak-hak keistimewaan Melayu akan dikurangkan, dan mereka terpaksa bersaing untuk berniaga,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uLIPdq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.