Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP PERSOAL TINDAKAN KERAJAAN BERHUBUNG KES SCORPENE - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP PERSOAL TINDAKAN KERAJAAN BERHUBUNG KES SCORPENE

DAP hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan akan menyemak semula kes Scorpene selepas dua eksekutif Perancis didakwa di negara itu atas tuduhan rasuah berhubung penjualan kapal selam itu kepada Malaysia.

Ketua DAP Lim Kit Siang turut mempersoalkan sama ada kes itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet mingguan awal hari ini.

“Terdapat masa yang mencukupi untuk laporan itu dibuat kepada Kabinet, jika ada, apa hasil perbincangan di Kabinet.

“Adakah Jabatan Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula siasatan berhubung tuduhan rasuah berkaitan penjualan kapal selam Scorpene milik Perancis kepada Malaysia pada 2012, dan jika tidak, mengapa?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tuduhan rasuah berkaitan urusan jual beli yang berlaku 15 tahun lalu.

“Adakah kerana Perdana Menteri Najib Razak, yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu akan menjadi subjek utama siasatan? Adakah Najib sedia meletakkan dirinya dalam siasatan penuh berhubung urusan Scorpene?

“Akhir sekali, adakah Najib sedia membentangkan Kertas Putih kepada ahli Parlimen pada pembentangan Dewan Rakyat, diikuti dengan debat berkenaan tuduhan rasuah berhubung penjualan kapal selam kepada Malaysia?” kata Lim.

Terdahulu hari ini, aktivis sosial turut menggesa pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Eksekutif Pemantau Anti Rasuah (C4) Cynthia Gabriel berkata adalah penting untuk SPRM membuka semula kes terbabit.

Dia juga berkata Peguam Negara perlu memberikan kerjasama kepada pasukan pendakwaraya Perancis untuk mengaitkan kes itu dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Timbalan Ketua Pemuda  PKR Afif Bahardin berkata kegagalan untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu akan menjejaskan imej dan integriti agensi terbabit dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka.

AFP melaporkan penyiasat Perancis mendakwa dua bekas eksekutif Perancis dalam siasatan terhadap pertuduhan sogokan berkaitan penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002 yang memetik sumber terdekat siasatan itu semalam.

Dua bekas eksekutif terbabit ialah bekas pengerusi unit dockyard tentera laut Perancis, Philippe Japiot dan bekas ketua eksekutif pertahanan Perancis dan syarikat elektronik gergasi Thales, Jean-Paul Perrier, menurut laporan itu.

Kedua-dua tertuduh ketika ditemubual pada Mei lalu, didakwa kerana rasuah, kata salah seorang sumber. Japiot sebelum ini pernah didakwa kerana “penyalahgunaan aset” dan Perrier juga pernah didakwa kerana “penglibatan dalam penyalahgunaan aset sosial”.

Siasatan itu bermula pada 2010 sebagai maklumbalas terhadap aduan yang dibuat kumpulan hak asasi Malaysia Suaram.

Tuduhan itu adalah berhubung bayaran komisyen daripada pembuat kapal selam Perancis berjumlah lebih €114 juta (RM570 juta) kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan bekas rakan sekutu Perdana Menteri Najib Razak, Abdul Razak Baginda.

Najib merupakan menteri pertahanan ketika urusan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai AS$1.1 bilion dimeterai.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2thiHCO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.