Dapatkan Rawatan Segera Jika Digigit Anjing - Dr Sim
KUCHING: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian mengingatkan orang ramai yang digigit anjing supaya mendapatkan rawatan awal segera bagi mencegah daripada 'ensefalitis' yang merupakan radang otak.
"Apabila ia (ensefalitis) mencapai otak anda, terdapat peluang yang sangat tinggi atau 99 peratus pesakit akan mati.
"Tetapi jika orang itu dirawat lebih awal, rabies dapat dicegah," katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, mereka yang digigit anjing harus mencuci luka dengan sabun dan air selama 15 minit sebelum pergi ke klinik atau hospital terdekat.
Dalam perkembangan sama, beliau menasihati pemilik haiwan kesayangan agar menjaga dan mengurung haiwan peliharaan masing-masing sepanjang masa.
Sementara itu, Dr Sim turut menggesa Kementerian Kesihatan melihat semula empat kes kematian kanak-kanak di negeri ini yang didakwa tidak diberikan vaksin anti rabies.
"Kementerian kesihatan harus menyiasat kes ini dan melihat apa yang berlaku," ujarnya.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPqzPv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment