Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disengat Obor-Obor Ketika Main Air Laut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disengat Obor-Obor Ketika Main Air Laut


Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun cedera di kaki kanannya selepas disengat obor-obor ketika bermain air di tepi Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian 3 petang itu, Sharifa Ramada Omar dikatakan bersama ahli keluarganya beriadah di pantai sebelum mengadu sakit di kaki.

Pegawai Perhubungan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah

Abdul Razaq Basir berkata, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan bantuan kecemasan selepas menerima aduan.

"Sepasukan anggota yang bertugas kemudiannya mendapatkan kanak-kanak itu lalu membawa mangsa ke menara penyelamat Pantai Tanjung Aru.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai disengat obor-obor ketika bermain air laut di tepi pantai berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dengan semburan cuka bagi menghilangkan bisa sengatan.

Menurutnya, kanak-kanak itu sudah dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk menerima rawatan lanjut.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uOoBPW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.