Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fitbit Mengesahkan Jam Tangan Pintar Mereka Akan Hadir Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fitbit Mengesahkan Jam Tangan Pintar Mereka Akan Hadir Tahun Ini

Ramai peminat peranti boleh-pakai sedia menantikan jam tangan pintar Fitbit sejak daripada awal tahun. Beberapa laporan sebelum ini telah mengatakan Fitbit mengalami sedikit penangguhan dan pelbagai persoalan hadir sama ada Fitbit akan berjaya memasarkan jam tangan pintar mereka atau sebaliknya.

Kini bercakap mengenainya kepada Financial Times, pihak Fitbit menekankan yang mana jam tangan pintar mereka akan hadir pada tahun ini seperti mana ia dijadualkan.

Jam tangan pintar Fitbit ini dijangka hadir dengan sejumlah sensor untuk biometrik, selain dilengkapi dengan sensor GPS. Walaubagaimanapun, tiada sokongan LTE yang dirancang – untuk menawarkan masa bertahan yang lebih lama.

Fitbit sebelum ini turut telah diperkatakan bakal hadir dengan kedai aplikasi mereka tersendiri memfokuskan penawaran aplikasi untuk platform mereka.

Tiada tarikh yang diberikan buat masa ini, tetapi mungkin kita boleh melihatnya hadir pada suku ke-4 2017 ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gLShqV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.