Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gambar Dan Video Pasangan Suami Isteri Kantoi Curi Duit Tabung Masjid. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gambar Dan Video Pasangan Suami Isteri Kantoi Curi Duit Tabung Masjid.


SUAMI isteri ditahan selepas didakwa mencuri wang daripada tabung masjid di Masjid Nurjannah Kariah, Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah, semalam.

Tindakan pasangan itu bagaimanapun dikesan penduduk kampung yang curiga dengan kehadiran mereka di masjid berkenaan pada 6.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 27 dan wanita 31 tahun itu dicekup penduduk kampung yang menyedari kejadian di perkarangan masjid.

"Tindakan suspek lelaki yang dilihat mengubah kedudukan kamera litar tertutup (CCTV) di perkarangan masjid dan memegang pemotong besi menimbulkan rasa curiga seorang penduduk sebelum menghubungi rakannya.

"Terkejut melihat kehadiran penduduk, suspek lelaki cuba meloloskan diri tetapi berlaku pergelutan," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian menjerit meminta isteri untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

"Siasatan lanjut mendapati mangga pengunci tabung masjid dipotong dan wang tunai hasil sumbangan turut tiada.

"Wang tunai berjumlah RM98 dipercayai diambil daripada tabung masjid turut ditemui bersama suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2up0hDK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.