Hi! Welcome Back and Stay Tune! Halau Ibu Kandung Ke Pusat Jagaan Selepas Perniagaan Merosot. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Halau Ibu Kandung Ke Pusat Jagaan Selepas Perniagaan Merosot.

Sebab aku jaga kau lah kedai aku terbakar," itu antara kata-kata dilemparkan anak lelaki kepada seorang penghuni pusat jagaan itu yang berusia 98 tahun kira-kira 12 tahun lalu. 

Ayat itu tidak boleh dilupakan Pengasas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Pulau Meranti, Muji Sulaiman yang sedih dengan sikap anak kepada warga emas, Fatimah (bukan nama sebenar), namun menerima kehadiran wanita tersebut di pusat kebajikan diasaskannya dengan hati terbuka. 



Memang saya tak boleh lupakan kata-kata itu sebab anak dia cakap depan saya, dia seolah-olah menyalahkan ibunya punca kedai runcit diusahakan terbakar dan perniagaan merosot ketika menjaga wanita tersebut

Waktu tu saya ada juga tegur perangai anaknya tapi mereka tetap ‘berkeras’ mahu tinggalkan ibunya di pusat jagaan warga emas ini,” katanya warga emas itu tidak pernah tinggal solat sepanjang menghuni pusat jagaan berkenaan. 

Muji berkata, Fatimah yang tidak fasih berbahasa Melayu itu menangis hampir setiap hari selepas dihantar anaknya ke situ dan setelah beberapa tahun hanya seorang anak saudara datang melawatnya. 

Anak kandung yang dinanti setiap hari tak pernah datang menjenguk. Paling hiba, setiap kali menjelang hari raya, dia akan selalu jenguk ke pintu rumah, mungkin tunggu tiga anaknya datang

Tapi pada hari biasa dia tak macam tu. Sedih lihat keadaan dia yang menghidap penyakit tua dan terpaksa memakai lampin pakai buang sebab sekarang dah tak berupaya bergerak,” katanya. Muji dalam pada itu, memohon ahli keluarga terutama anak kandung datang melihat keadaan wanita berkenaan terutama pada Aidilfitri. 

Apa yang saya cerita inilah yang berlaku kepada dia ketika mula-mula dihantar ke sini, saya tak ada tambah cerita," katanya. 

 Beliau yang sudah mengasaskan rumah berkenaan sejak 14 tahun lalu berkata, selain wanita berkenaan terdapat beberapa lagi warga emas yang tidak pernah dilawati ahli keluarga selepas dihantar ke situ.

Sumber : Berita Harian Online

-sozcyili


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suFMp7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.