Jepun Kekal Polisi Monetari Seperti Yang Dijangka
Bank of Japan (BoJ) mengekalkan polisi monetarinya selepas mesyuarat yang berlangsung selama dua hari di Tokyo. Pembuat-pembuat polisi menegaskan komitmen mereka untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan inflasi melalui rangsangan monetari yang tinggi.
Bank pusat Jepun ini mengekalkan kadar polisinya -0.1%, tidak berubah sejak awal 2016. Keputusan mesyuarat hari ini sebenarnya telah dijangka oleh pelabur-pelabur dalam satu tempoh yang akan berterusan di masa hadapan.
BoJ juga mengekalkan program pembelian bon dan tiada sebarang perubahan dalam jumlah pembelian. Bank pusat kekal membeli bon 10-tahun kerajaan Jepun dalam usaha mengekalkan hasil-bon tersebut di sekitar sifar peratus. Jumlah pembelian pula masih berjumlah 80 Trillion Yen setahun.
Minit mesyuarat hari ini akan dikeluarkan pada 26 September, sebulan selepas ‘Ringkasan Pendapat’ dikeluarkan.
Tiada perubahan polisi sejak September lepas di mana kali terakhir BoJ mengubah polisi dengan berfokus kepada rangsangan monetari yang mensasarkan kepada keluk-hasil atau hasil bon.
Apa yang mengekalkan bank pusat dengan polisi semasa adalah hasil yang menunjukkan kemajuan secara berperingkat dalam ekonomi. Kini pertumbuhan KDNK (GDP) merekod kenaikan dalam lima suku tahunan berturut-turut, paling lama sejak 10 tahun lepas.
Awal hari ini, Kementerian Kewangan Jepun juga mengesahkan eksport merekod peningkatan 7 bulan berturut-turut pada Jun. Ini adalah isyarat ekonomi global yang semakin pulih khususnya Jepun sebagai negara pengeksport.
The post Jepun Kekal Polisi Monetari Seperti Yang Dijangka appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://moshed.com/jepun-kekal-polisi-monetari-seperti-yang-dijangka/
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment