Hi! Welcome Back and Stay Tune! Langgar hak asasi PBB, Suhakam gesa pendakwaan ke atas Siti Kassim kerana halang Jawi digugurkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Langgar hak asasi PBB, Suhakam gesa pendakwaan ke atas Siti Kassim kerana halang Jawi digugurkan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membantah pendakwaan ke atas peguam yang hanya menjalankan tugasan perundangan ketika serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semasa majlis membabitkan transgender.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata, suruhanjaya itu ‘kecewa’ kerana peguam Siti Zabedah Kasim didakwa kerana menghalang pegawai Jawi, “selepas memperkenalkan diri sebagai peguam yang menjalankan tugas kepada pelanggannya” semasa serbuan itu.

“Suhakam memberi amaran apabila peguam tidak dapat mempertahankan pelanggan kerana takut ditangkap, dakwaan jenayah atau intimidasi, mereka tidak boleh membela mereka yang menghadapi pelanggaran hak asasi,” katanya.

Oleh itu, Razali menggesa pihak berkuasa untuk menggugurkan pendakwaan tersebut kerana ia dengan jelas melanggar prinsip asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai peranan peguam.

Pada 23 Jun yang lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendakwa Siti di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Peguam aktivis itu mengaku tidak bersalah.

Serbuan tersebut berlaku semasa acara transgender pada 3 April 2016 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, dengan Siti Zabedah berada di acara itu sebagai tetamu.

 

Sumber: MK



Sumber Langgar hak asasi PBB, Suhakam gesa pendakwaan ke atas Siti Kassim kerana halang Jawi digugurkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tCIOYB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.