Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 30 soalan berkaitan 1MDB ditolak speaker - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 30 soalan berkaitan 1MDB ditolak speaker

Malaysiakini 24/7/17

Anggota parlimen pembangkang hari ini memaklumkan, lebih daripada 30 soalan berkaitan 1MDB telah ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.
Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan tindakan itu serta alasan yang diberikan.
Gobind berkata, sebagai seorang anggota parlimen menjadi tugas mereka untuk membangkitkan isu-isu rakyat di parlimen.

Malah, katanya, soalan-soalan yang diajukan mereka kepada pihak kerajaan juga merupakan soalan yang mudah.
"Soalan saya, saya minta perdana menteri menyatakan apakah status siasatan kes 1MDB dan SRC dan apakah tindakan yang akan diambil.

"Ia soalan yang berbangkit memandangkan tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara mengenai isu ini.
"Speaker sepatutnya tidak menolak soalan seperti ini. Speaker kena kaji balik kemudahan untuk berbahas. Ini soalan yang akan mendapat jawapan bertulis," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah anggota parlimen pembangkang lain iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, anggota parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan anggota parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jawapan daripada Speaker untuk menolak soalan Gobind ialah, sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan dengan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau kerana hendak mendapat jawab dalam perkara yang dimisal-misalkan sahaja


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uOKxtY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.