Lelaki ambil dompet terjatuh dari kerusi di UTC Keramat mohon maaf dan sudah pulangkan kepada pemilik
Sejak beberapa hari lalu tersebar sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan gelagat seorang lelaki yang telah mengambil dompet yang terjatuh atas kerusi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat.
Video itu telah menjadi tular selepas pemilik dompet berkenaan mahu mendapatkannya semula kerana memerlukan kad pengenalannya semula untuk urusan harian.
Hari ini tampil seorang lelaki mengaku sebagai orang yang mengambil dompet berkenaan dan dia telah membuat permohonan maaf dengan ketelanjuran yang dia lakukan itu selain memberitahu yang dia telah menyerahkan dompet tersebut kepada pemiliknya.
Berikut adalah pengakuan dan permohonan maaf beliau.
Salam, berkenaan viral ambil dompet tu. Saya dah pulangkan pada tuan asalnya pada malam kejadian itu juga.
Kesilapan dan ketidakjujuran saya, saya mintak maaf. Saya telah serahkan(dompet) pada anak tuan empunya pada malam khamis, 29/6 melalui seorang rakan. Sebab saya ”on duty” ketika itu.
Jika perlukan sebarang kepastian dalam kes ni, boleh segera PM or call 017366****, kesilapan dan kekilafan saya, saya mohon maaf. Terima kasih.
Beliau telah memuatnaik status permohonan maaf berkenaan ke laman Facebooknya sebentar tadi.
Sumber: Siakapkeli.my
Sumber Lelaki ambil dompet terjatuh dari kerusi di UTC Keramat mohon maaf dan sudah pulangkan kepada pemilik
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uattvg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment