Hi! Welcome Back and Stay Tune! PhotoBucket Kini Perlukan Akaun Berbayar Untuk Pengehosan Gambar Di Web Luar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PhotoBucket Kini Perlukan Akaun Berbayar Untuk Pengehosan Gambar Di Web Luar

PhotoBucket merupakan salah satu perkhidmatan pengehosan gambar yang terawal, membolehkan pengguna memuat-naik gambar pada PhotoBucket, dan seterusnya menggunakan gambar berkenaan di web-web pihak lain, termasuk ketika membuat tema MySpace, di Blogger, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dengan perkembangan arena internet, hadir beberapa perkhidmatan alternatif lain yang lebih popular, termasuk seperti Imgur.

PhotoBucket

Kini, dalam meneruskan perkhidmatan PhotoBucket, mereka telah melakukan beberapa perubahan pada penawaran mereka. Salah satu yang memberikan kesan meluas kepada pengguna seluruh dunia adalah dimana PhotoBucket kini memerlukan pengguna menggunakan akaun berbayar sekiranya ingin mengehos gambar diluar web mereka.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin memasukkan gambar daripada PhotoBucket untuk digunakan sebagai tema di Blogger (Blogspot), anda akan perlu mempunyai akaun berbayar. Pelan yang menyokong penawaran ini adalah hanya pelan yang paling tertinggi sahaja, iaitu pada harga $399.99 setahun.

Sekiranya tidak, PhotoBucket secara automatik menggantikan ia dengan sebuah imej khas yang meminta pengguna menaik-taraf akaun mereka untuk menawarkan pengehosan pihak ketiga.

Perubahan ini daripada PhotoBucket mungkin tidak digemari ramai – apatah lagi ia dilakukan sebelum memberikan notifikasi meluas kepada para pelanggan mereka seluruh dunia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txf26P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.