WARTAWAN DILARANG BAWA PEN, KOSMETIK
HONG KONG – Sebanyak 14 kategori barangan ‘berbahaya’ termasuk alat mekap, pen dan buah-buahan dilarang dibawa pengamal media ketika membuat liputan perarakan tentera sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping.
Menjelang upacara itu, wartawan menerima arahan bertulis berkaitan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
Antara barang larangan adalah senjata, pemetik api serta pisau, selain candu, morfin serta heroin juga haiwan, tumbuhan, makanan, minuman dan buah-buahan.
Turut tersenarai adalah alat kosmetik serta deodoran kerana mengandungi cecair.
Lebih menyukarkan untuk kumpulan wartawan yang bertugas apabila mereka dilarang membawa pen.
Payung dilarang dalam kategori berbeza kerana simbolik pergerakan demokrasi bandar itu pada 2014 yang digelar ‘Revolusi Payung’.
Xi Jinping melawat lapangan terbang Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di sini iaitu antara acara paling dinantikan sempena 20 tahun penyerahan semula bandar Hong Kong kepada China oleh Britain.
-AFP
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxbCNp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment