Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selena Gomez Malaysia kini milik Sufian Suhaimi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selena Gomez Malaysia kini milik Sufian Suhaimi

SELEPAS digosipkan mempunyai hubungan cinta, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya membawa rombongan keluarga untuk merisik Elfira Loy, aktres yang digelar sebagai Selena Gomez Malaysia oleh majalah Vouge.

Selena Gomez Malaysia kini milik Sufian Suhaimi

Selena Gomez Malaysia kini milik Sufian Suhaimi

Sufian, 25, berkata keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya itu dibuat selepas mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

“Majlis pagi tadi (Jumaat) hanya merisik sahaja bukan bertunang. Ia dihadiri keluarga saya dan Elfira sahaja.

“Ia perkara yang baik dan elok dipercepatkan terutama kedua-dua keluarga sudah merestuinya. Saya adalah orang yang sangat gembira apabila bersamanya,” ujar Sufian kepada mStar Online. 

 

Sufian dan Elfira mulai rapat empat bulan lalu dan hubungan tersebut semakin serius apabila kedua-duanya  menyambut hari jadi masing-masing dengan kejutan yang istimewa.

Sufian (tujuh dari kanan) dan Elfira (empat dari kanan) bergambar bersama ahli keluarga masing-masing.

Pasangan ini turut berkongsi foto-foto pada majlis yang diadakan secara tertutup itu pada malam Jumaat. 

Penyanyi lagu Terakhir ini memberi sebentuk cincin pada majlis yang diadakan di kediaman pelakon wanita itu di Cheras.

Pasangan ini turut menerima ucapan tahniah daripada peminat mereka. Malah ada juga yang memberi komen patah hati apabila mendapat tahu penyanyi dan pelakon kesayangan mereka bakal menamatkan zaman bujang.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perancangan mendirikan rumah tangga, Sufian berkata, ia mungkin berlangsung pada tahun depan.

“Buat masa ini belum ada tarikh yang pasti, namun bukanlah dalam masa terdekat atau tahun ini.

“Insya-Allah kalau dilancarkan kemungkinan pada tahun depan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, majalah fesyen antarabangsa Vogue mengeluarkan satu petikan mengenai diri Elfira dengan menggelarkan dia sebagai Selena Gomez Malaysia kerana bijak dalam berfesyen dan sentiasa bergaya.

Majalah Vogue memilih Elfira kerana dia bijak berpenampilan dalam berfesyen. 

Penampilan Elfira dikatakan menjadi bukti bahawa wanita berpakaian sopan pandai memilih gaya yang bersesuaian mengikut fesyen terkini.  

Malah, setiap fesyen yang digayakan oleh Elfira di laman Instagramnya juga mendapat pujian.

Selain itu, Vogue juga menyukai pilihan hijab warna-warni yang telah diperagakan oleh Elfira menerusi laman Instagramnya. 

Elfira antara selebriti Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut laman sosial tertinggi dengan angka 3.3 juta.

Sumber: Mstar



Sumber Selena Gomez Malaysia kini milik Sufian Suhaimi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tv9x96

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.