ZAHID NAFI M’SIA HENTI PERMIT UNTUK RAKYAT KOREA UTARA
PUTRAJAYA -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan agensi berita Jepun bahawa Malaysia telah menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warga Korea Utara.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara itu.
“Berita itu adalah tidak benar dan tiada sebarang arahan dikeluarkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria, di sini Sabtu.
Pada Khamis lepas, sebuah agensi berita Jepun, Kyodo News, melaporkan Malaysia menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warganegara Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong Un.
Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Februari lepas.
– Bernama
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2twrNP3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment