Tikus berkeliaran di ruang pameran makanan, restoran mamak di Likas Plaza, Kota Kinabalu diarah tutup
SEBUAH restoran mamak di Likas Plaza, Kota Kinabalu, diarah tutup pagi hari ini selepas video tikus berkeliaran di ruang pameran makanan di premis berkenaan tersebar dalam laman sosial sejak semalam.
Arahan penutupan itu dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selepas menjalankan pemeriksaan di restoran berkenaan, petang semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya DBKK, Robert Lipon berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kehadiran tikus di premis itu dalam bentuk rakaman video semalam dan pemeriksaan segera dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu.
“Hasil pemeriksaan di restoran berkenaan mendapat markah yang sangat rendah iaitu 28.8 peratus.
“Berikutan itu, pemiliknya diarah menutup perniagaan berkuatkuasa jam 8 pagi hari ini sehingga kita berpuas hati dengan langkah pembaikan dan pembersihan dilakukan,” katanya, di sini, hari ini.
Menurutnya, tempoh penutupan premis itu mengikut Ordinan Kesihatan Awam 1960 itu tertakluk kepada penilaian DBKK selepas ini.
Video berdurasi 34 saat yang memaparkan beberapa ekor tikus memasuki ruang pameran makanan tanpa disedari pengusaha restoran dan dipercayai dirakam pelanggan restoran berkenaan sebelum menjadi viral dalam sosial.
Sumber: Metro
Sumber Tikus berkeliaran di ruang pameran makanan, restoran mamak di Likas Plaza, Kota Kinabalu diarah tutup
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAJbCX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment