Lelaki hina Puteri Johor, Tunku Tun Aminah ditahan polis
LELAKI berusia 25 tahun ditahan selepas dipercayai memuat naik kenyataan jelik menerusi Instagram terhadap Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Negeri Sembilan di Ampangan Negeri Sembilan, hari ini.
“Pada lebih kurang 6 petang, Polis Kontinjen Johor menerima satu laporan mengenai kenyataan jelik yang di muat naik melalui Instagram terhadap Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah dan Institusi Diraja Johor.
“Sehubungan itu kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut serta mengesan individu yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik itu,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, malam tadi.
Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
“Pengguna media sosial perlu lebih berhemah ketika menggunakan kemudahan media sosial.
“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati menyalahgunakan media sosial,” katanya.
Sumber: Metro
Sumber Lelaki hina Puteri Johor, Tunku Tun Aminah ditahan polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2usLPKV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment