Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Ini Melamar Teman Wanitanya Untuk Dijadikan Isteri Dan Selepas Itu Dia Melamar Anak Teman Wanitanya Untuk Menjadi Ayah Kepada Kanak-Kanak Tersebut.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Ini Melamar Teman Wanitanya Untuk Dijadikan Isteri Dan Selepas Itu Dia Melamar Anak Teman Wanitanya Untuk Menjadi Ayah Kepada Kanak-Kanak Tersebut..


Grant Tribbett mengetahui bahawa jika dia ingin melamar teman wanitanya, dia juga perlu menjadi bapa kepada anak teman wanitanya. Sedar akan hakikat itu, dia turut melamar anak teman wanitanya untuk menjadi penjaga kepadanya.


Selepas Grant Tribbett menjumpai tempat yang sempurna untuk melamar teman wanitanya, iaitu di atas sebuah jambatan di dalam Hutan Simpan Semula Jadi Ritchey di Fisher, Indiana, dia memanggil rakannya, Mandi Gilliland yang menjadi jurugambar untuk merakam saat indah tersebut.

Tribbett memberitahu ABC News bahwa rakannya mempunyai rancangan untuk menyorok di kawasan berdekatan dengan jambatan tersebut 30 minit sebelum dia sampai ke lokasi.


Pada tarikh 27 Mei, Tribbett membawa bersama wanita yang kini merupakan tunang beliau, Cassandra Reschar dan anak perempuan Reschar yang berusia 5 tahun, Adriana. Mereka sebelum itu bersarapan di restoran tempatan sebelum ke kawasan yang bersejarah dalam hidup mereka.

“Saya melutut satu kaki dan melamar untuk berkahwin dengannya (Reschar). Selepas dia bersetuju, saya kemudian melutut sekali lagi, dan kali ini kepada anaknya sambil menghulurkan rantai berbentuk hati dan melamar jika saya boleh menjadi bapanya dan berjanji untuk sentiasa sayang dan menjaganya,” Tribbett, 29 tahun memberitahu secara terperinci.


Pada masa yang sama, Reschar, 26 tahun, memberitahu ABC News bahawa dia mula menggeletar kerana terkejut dan “menangis, tangisan yang langsung tidak comel,” katanya.

“Sudah lama dia (Adrianna) menantikan saat ini. Saya selalu berdoa sejak dia kecil lagi supaya akhrinya saya dapat mencari orang yang menyayanginya seperti mana saya menyayangi anak saya,” Reschar berkata.


Adrianna juga berkata ‘ya’ dan kemudian menjerit kegembiraan sambil berkata, “Akhirnya saya mendapat ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat seorang bapa!”

Pasangan ini merancang untuk menjalankan perkahwinan mereka pada bulan Disember.

Gambar lamaran pasangan tersebut menjadi tular minggu lepas selepas sebuah laman Instagaram yang dimiliki oleh The Knot menyebarkan kisah dan gambar-gambar tersebut.


Tribbett memberitahu bahawa pentingnya untuk dia melamar juga anak teman wanitanya itu.

“Saya tahu dengan melamar Cassandra (bermakna) saya juga perlu memberi komitmen sepanjang hidup sebagai seorang bapa. Cara yang terbaik untuk berkahwin dengan cinta hati saya ialah dengan meminta izin kepada anaknya untuk menjadi bapanya,” dia memberitahu.

Pasangan bakal pengantin ini baru-baru ini telah berpindah dari St. Louis ke Westfield, Indiana untuk hidup bersama Reschar. Dia juga memberitahu ABC News bahawa dia (Tribbett) sangat teruja mahu menjadi bapa dan membesarkan Adrianna.


“Saya berharap bahawa saya berupaya menjadi bapa yang baik seperti kedua ibu bapa saya,” Tribbett menambah.

Reschar menambah bahawa dia mengetahui bahawa tunang dan bakal suaminya itu mampu untuk menjadi seorang ayah yang baik dan penyayang./Era Baru

-Pen Merah Press


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uwOGmW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.