Lima remaja rakam dan ejek lelaki OKU lemas ditahan
Florida (Amerika Syarikat): Sekumpulan remaja yang merakam serta mengejek seorang lelaki kurang upaya ketika lemas dan akhirnya maut, semalam ditahan kerana memainkan peranan dalam kematiannya.
Lima remaja itu didakwa merakam dan mengejek Jamel Dunn, 31, ketika mangsa lemas di dalam sebuah kolam pada 7 Julai lalu. Identiti mereka tidak didedahkan, lapor News 13.
Ketua Polis Cocoa, Michael Cantaloupe berkata, tiada peruntukan undang-undang mewajibkan orang ramai menghubungi pihak berkuasa apabila melihat seseorang dalam situasi maut.
Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa mesti dihubungi selepas berlaku kematian.
Polis kini dalam proses memfailkan dokumen yang diperlukan kepada pejabat pendakwa negeri.
Sebelum ini, polis berkata, remaja terbabit mungkin tidak didakwa kerana tidak bertanggungjawab secara langsung atas kematian Dunn.
Dalam video itu, Dunn dapat dilihat lemas di dalam kolam di Cocoa itu manakala sekumpulan remaja berusia antara 14 hingga 16 tahun yang menyaksikan kejadian itu didengar ketawa serta mengejeknya.
Satu suara didengar berkata: “Tak siapapun akan membantu kamu, bodoh. Siapa suruh masuk ke situ?”
Dunn kemudian mati lemas.
Sumber: Metro
Sumber Lima remaja rakam dan ejek lelaki OKU lemas ditahan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upWwvI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment