Malaysia, Indonesia kesal layanan tidak adil EU ke atas minyak sawit
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita bertemu di Kuching, Sarawak, pada 13 Julai sempena mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia kali ketiga.
Mesyuarat itu antara lain membincangkan isu Resolusi EU ke atas Minyak Sawit dan Penanaman semula Hutan Hujan.Dalam kenyataan bersama, kedua-dua menteri berkenaan menimbang untuk membawa isu ini ke Pertubuhan Perdagangan Dunia andai resolusi EU itu merupakan arahan selain berbentuk diskriminasi.
Mereka berkata resolusi EU itu yang merupakan amalan perlabelan tidak adil oleh sektor swasta di EU, bukan sahaja akan menjejaskan teruk eksport minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia ke pasaran EU, malah kehidupan berjuta-juta pekebun kecil.
Malaysia dan Indonesia juga menerusi kerjasama Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), dijangkakan bertemu pada akhir Julai 2017 bagi membincangkan dan menyelaraskan isu-isu berkaitan minyak sawit, termasuk misi bersama CPOPC ke Eropah untuk bertemu pihak dan pemegang kepentingan yang terlibat.
- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vr6pbH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment