Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maut terperangkap dalam kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maut terperangkap dalam kereta

Tiga maut dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.33 pagi itu, bayi berusia tujuh bulan, Uwais Al Qarni Mohamad Salleh, Asma’ Basyirah Mohamad Salleh, 2, dan ibu saudara mereka, Zahidah Abdul Wafir, 31, maut selepas terperangkap dalam kereta yang terjunam dalam parit berair.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dalam kenyataan kepada media berkata, kereta yang dipandu ibu kanak-kanak malang itu,  Nor Nadia Mat Kassim, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan masuk ke dalam parit berair.

“Akibatnya, penumpang Perodua Myvi, Zahidah maut di tempat kejadian manakala Asma’ Basyirah dan Uwais Al Qarni meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI).

“Dalam kejadian itu juga suami Nor Nadia, Mohamad Salleh Abdul Wafir cedera.

“Seorang lagi penumpang iaitu Ahmad Yasin patah tulang paha sebelah kiri dan kini mendapat rawatan di HTI,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut.

The post Maut terperangkap dalam kereta appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uvJfAB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.