Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat bayi enam hari dalam perigi, 6 orang termasuk ibu bapa ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat bayi enam hari dalam perigi, 6 orang termasuk ibu bapa ditahan

Seorang bayi lelaki berusia enam hari yang dilapor hilang sejak kelmarin, ditemui mati dalam sebuah perigi.

Mayat bayi berusia enam hari dikeluarkan dari sebuah perigi sedalam enam meter di di Kampung On Lok, Batang Melaka, 23 Julai 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTB

Mayat itu dikeluarkan dari perigi sedalam enam meter di belakang rumah keluarganya jam 6.30 petang semalam, lapor Utusan Online.

Ketua polis daerah Jasin berkata penemuan itu hasil maklumat jiran keluarga mangsa sebelum anggota forensik polis dan Bomba dan Penyelamat balai Jasin Bistari mengeluarkan mayat itu di Kampung On Lok, Batang Melaka.

DSP Arshad Abu berkata, bayi itu hilang di rumah keluarganya sebelum laporan dibuat bapa mangsa di balai polis Batang Melaka jam 7.45 malam kelmarin.

“Pada awalnya, kita (pihak polis) mengklasifikasikan kes ini sebagai orang hilang, namun terdapat keraguan tentang kesahihan dan cara bayi itu hilang. Sehubungan itu, siasatan lanjut telah dilakukan,” katanya.

Beliau berkata mayat yang tidak cedera dan berbalut lampin itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Justeru, Arshad berkata enam orang termasuk ibu bapa mangsa berusia antara 20-an dan 30-an ditahan.

Sumber: Projek MMO

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPpJSX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.