“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya
Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing baru-baru ini menemui sesuatu yang amat mengejutkan di dalam keretanya selepas tergerak hatinya untuk meletakkan barang di tempat duduk belakang.
“Saya ke pasar raya, nak beli barang dan balik masak. Lepas beli barang, saya letak di tempat duduk belakang. Bila dah sampai rumah, masa nak ambil barang, mata saya terpandang pada poket tempat duduk dan terus beristighfar.
“Tersirap darah tengok sampah tin arak dibuang macam tu saja dalam kereta saya,” kata pemandu wanita ini yang meluahkan kekecewaannya di laman sosial, baru-baru ini.
Maria Ahmad, 43, ketika dihubungi mStar Online berkata, pada hari kejadian dia mengambil tiga penumpang warga asing berdekatan Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur untuk dihantar ke Kotaraya.
“Ada tiga penumpang, salah seorang daripada mereka membawa tin arak dan duduk di tempat duduk hadapan, manakala dua lagi duduk di belakang.
“Tetapi saya tak syak apa-apa kerana penumpang di hadapan membawa keluar tin arak yang dipegangnya apabila sampai ke destinasi,” katanya yang mula berkhidmat sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing sejak awal tahun ini.
Ibu tunggal kepada dua anak ini berkata, dia bersyukur kerana digerakkan hatinya meletakkan barang yang dibeli di tempat duduk belakang pada hari tersebut sehingga membawa kepada penemuan tin-tin minuman keras yang telah diminum kepunyaan penumpang.
“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya. Kalau tak, bila ambil penumpang lain pun saya tak akan tahu ada tin arak dalam kereta saya.
“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam. Isunya bukan saja sampah dibuang dalam kereta saya, tetapi sampah itu adalah tin arak,” katanya sambil menambah selain dua tin minuman arak, turut ditemui satu botol minuman berkarbonat.
Menurut Maria, dia selama ini mengambil pendekatan untuk tidak mengambil penumpang selepas pukul 10 malam bagi mengelakkan daripada membawa penumpang mabuk.
Namun tidak disangka insiden tersebut berlaku pada waktu siang menyebabkan dia lebih berhati-hati selepas ini kerana ketika kejadian berlaku dia mendakwa ketiga-tiga penumpang terbabit dalam keadaan mabuk.
Bagaimanapun dia tidak berani menegur keadaan penumpang ketika itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
“Selepas ini, saya akan menampal pelekat di tempat duduk sebagai peringatan kepada penumpang supaya tidak boleh makan atau minum di dalam kereta dan perlu menjaga kebersihan.
“Diharapkan semua penumpang yang mahu mengunakan perkhidmatan ini dapat menghormati pemandu seperti saya,” katanya sambil menambah bahawa laporan berhubung sikap penumpang terbabit telah dihantar kepada pengendali perkhidmatan itu.
Sumber: Mstar
Sumber “Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxJ0c6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment