Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Razak soal Tun Mahathir, “Anwar Ibrahim salah ke tidak?” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Razak soal Tun Mahathir, “Anwar Ibrahim salah ke tidak?”

Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib Razak soal Tun Mahathir, "Anwar Ibrahim salah ke tidak?"

Najib Razak soal Tun Mahathir, “Anwar Ibrahim salah ke tidak?”

“Banyak persoalan berlegar dalam kepala orang ramai. Pertamanya, adakah Dr Mahathir masih kekal dengan kenyataan lamanya pada 1998 yang dia tuduh Anwar melakukan perbuatan luar tabii.

“Sehinggakan dia kata Anwar ini pemimpin yang tidak ada maruah, oleh itu tidak boleh memimpin negara.

“Semua itu kini menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asalnya, ataupun beliau sanggup korbankan prinsip lamanya (demi politik), “ katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam sidang media pada 22 September 1998 yang dibuat Dr Mahathir, perdana menteri keempat itu mendakwa Anwar terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak menjadi pemimpin negara.

Najib menjelaskan, selagi semua itu tidak dijawab Dr Mahathir, orang ramai akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata walaupun ada segelintir pihak yang tidak senang hati dengan Umno dan kerajaan, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk membawa negara ke tahap yang membanggakan.

Jelasnya, situasi ini adalah lebih baik berbanding kem pembangkang yang masih tidak jelas dan kelam- kabut dalam menentukan siapa yang mempunyai kuasa penentu manakala hala tuju politik yang masih tidak jelas.

Mengenai sambutan Rumah Terbuka hari ini, Najib yang juga presiden Umno berkata sambutan luar biasa daripada masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan adalah satu tanda keyakinan berterusan kepada parti dan kerajaan.

“Mereka datang berpusu-pusu dari pagi dan ingin bersama Umno. Satu gambaran jelas hubungan parti dan rakyat yang tiada tembok pemisah.

“Ini kerana mereka tahu mereka boleh bersalam-salaman, berselfie dengan pemimpin Umno. Sebagai pemimpin, kita ingin lebih rapat dan mesra dengan rakyat,” katanya. — Bernama

Sumber: Malay Mail



Sumber Najib Razak soal Tun Mahathir, “Anwar Ibrahim salah ke tidak?”

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZj5Ha

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.