Hi! Welcome Back and Stay Tune! PABM 2017: Jepun, Korea Antara 10 Layak Separuh Akhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PABM 2017: Jepun, Korea Antara 10 Layak Separuh Akhir

BANGI: Sebanyak 10 daripada 20 peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 peringkat suku akhir bagi kategori Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia yang terpilih ke separuh akhir esok, Selasa.

Peserta yang layak ke separuh akhir daripada kategori Pelajar Antarabangsa Di Malaysia ialah Slamy Res daripada Kemboja (UKM); Abdul Rahman Khaled Hassan Saeed,Yemen (UTP); Mohamed Hadad,UK (UniMAP); dan dua pelajar daripada UIAM iaitu Hassan Radwan (Palestin) dan Abdul Matin Mohammad Azeem (Afghanistan).

Lima peserta kategori antarabangsa yang layak ke separuh akhir. Foto: Riza Razak PABM 2017: Jepun, Korea Antara 10 Layak Separuh AkhirDua puluh orang peserta kategori antarabangsa dan pelajar antarabangsa di Malaysia PABM 2017 bergambar kenangan. Foto: Riza Razak

Bagi kategori antarabangsa pula, peserta yang layak mara ke peringkat seterusnya ialah Nabiya Zarbali (Azerbaijan), Lisa Shimazaki (Jepun), Seok Da-Hye (Korea Selatan), Ma Xiao (China) dan Rimajon Sotlikova (Uzbekistan).

Keseluruhannya, seramai 52 peserta mengambil bahagian dalam PABM 2017 yang memasuki edisi ke-11 dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu, Antarabangsa, Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Alam Melayu.

PABM 2017 bermula Ahad lalu dengan persaingan pusingan awal, saingan suku akhir pada Isnin dan diikuti separuh akhir pada Selasa manakala malam kemuncak iaitu pertandingan akhir pada Rabu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lima peserta kategori Alam Melayu dari empat buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura secara automatik layak ke peringkat separuh akhir, Rabu ini.

PABM 2017 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama DBP, Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Makum).

Pertandingan tahun ini bertemakan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu telah menetapkan 12 tema tajuk antaranya Peranan Siswa,Yang Tua Dikasihi, Yang Muda Disayangi dan Kesaksamaan Gender.-MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tCLPsw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.