Hi! Welcome Back and Stay Tune! PCM Gesa Siasat Syarikat Bida Projek Terowong Dasar Laut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PCM Gesa Siasat Syarikat Bida Projek Terowong Dasar Laut

GEORGE TOWN – Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini meminta polis menyiasat dakwaan kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan, ketika membida projek terowong dasar laut.

Naib presidennya Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau telah membuat laporan polis semalam mengenai dakwaan itu supaya siasatan dapat dilakukan bagi memastikan sama ada wujud penipuan atau unsur salah guna kuasa dalam proses pembidaan projek berkenaan.

Menurutnya, sesebuah syarikat disyaratkan untuk mempunyai sejumlah modal yang ditetapkan, sebelum boleh membida sesuatu projek.

“Bagaimanapun syarikat yang berjaya membida projek berkenaan dikatakan memiliki modal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minimum ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, PCM berhasrat mengemukakan laporan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd,  yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Projek itu sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

 Terdahulu, Huan turut membidas tindakan Zenith yang akan memfailkan injunksi bagi melarang pihak ketiga daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung projek terowong dasar laut, di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Khamis ini.

 “Adakah mereka cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan orang ramai? Permohonan injunksi ini membuktikan bahawa istilah telus yang dilaungkan oleh kerajaan Pulau Pinang sudah mati,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uuctD1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.