Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancong asing tak boleh ke Thailand tanpa 20,000 baht - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancong asing tak boleh ke Thailand tanpa 20,000 baht

Pihak berkuasa giat melakukan pemeriksaan rambang ke atas pelancong asing bagi memastikan mereka membawa wang tunai mencukupi untuk mengelakkan warganegara asing bekerja secara haram di Thailand.
pelancong_thailand_600

PETALING JAYA: Pelancong asing perlu membawa sekurang-kurangnya 20,000 baht (RM2,548) wang tunai bagi mengelakkan mereka dilarang memasuki Thailand.
China Press melaporkan pihak berkuasa giat melakukan pemeriksaan rambang ke atas pelancong asing bagi memastikan mereka membawa wang tunai mencukupi untuk mengelakkan warganegara asing bekerja secara haram di Thailand.
Menurut akhbar itu, pelancong asing mengadu pegawai imigresen meminta mereka menunjukkan jumlah wang tunai yang dibawa dan jika jumlahnya tidak mencukupi, mereka tidak dibenarkan masuk ke Thailand, walaupun mempunyai tiket penerbangan balik dan tempahan hotel.
Thailand menetapkan pelancong asing individu perlu mempunyai 20,000 baht dan 40,000 baht untuk keluarga.
Dasar itu dilaksanakan Jabatan Imigresen Thailand sejak dahulu lagi, cuma cara pelaksanaannya berlainan dan kebelakangan ini, pelancong dengan visa ED (pendidikan) juga perlu membuktikan mereka mempunyai kos sara hidup mencukupi sepanjang berada di negara itu.
Pada 26 Mei lalu, akhbar itu melaporkan sekumpulan 30 pelancong dari Shanghai, China dilarang memasuki Thailand kerana beberapa individu tidak mempunyai 20,000 baht. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2017/07/pelancong-asing-tak-boleh-ke-thailand.html

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.