Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengalaman dipenjara 9 bulan belum menginsafkan lelaki ni, kali ni ditangkap pecah kedai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengalaman dipenjara 9 bulan belum menginsafkan lelaki ni, kali ni ditangkap pecah kedai

Pengalaman meringkuk dalam penjara selama sembilan bulan atas dua kesalahan jenayah sebelum ini gagal menyedarkan seorang lelaki, sebaliknya dia terus mengulangi kesalahan sama selepas diberkas kerana terbabit dalam kes pecah kedai menjual alat komputer riba dan elektronik di bandar Sabindo, Rabu lalu.

Suspek berusia 36 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang menjalankan operasi memburu suspek pada jam 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pada 16 Julai lalu, pemilik kedai berkenaan di Fajar Komersial Kompleks membuat laporan polis selepas premisnya dipecah masuk dan beberapa barangan hilang.

“Antara barang yang hilang iaitu tiga unit komputer riba milik pelanggan dan syarikat, dua televisyen, tablet, telefon bimbit, pemancar LCD dan pembesar suara.

“Pemeriksaan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) membawa kepada penahanan suspek terbabit dalam serbuan di hadapan kedai serbaneka 24 jam di bandar Sabindo, Rabu lalu. Ketika tangkapan itu dijalankan, suspek berada di atas motosikal dan cuba melarikan diri namun berjaya diberkas,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Pengalaman dipenjara 9 bulan belum menginsafkan lelaki ni, kali ni ditangkap pecah kedai

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vyiNYd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.