Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prestasi Pasaran Saham Utama Asia Pada Selasa, Nikkei 225 Naik 0.53% - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prestasi Pasaran Saham Utama Asia Pada Selasa, Nikkei 225 Naik 0.53%

Pasaran saham Asia mengekalkan keuntungan pada Selasa dengan US dolar ketika ini menuju paras tertinggi empat bulan lalu berbanding Yen. Para pelabur global juga sedang menunggu keterengan Yellen di hadapan Kongres bagi mendapatkan sebarang isyarat tindakan bank pusat selepas ini.

MSCI indeks saham keseluruhan Asia Pasifik yang tidak mengambil kira Jepun naik 0.6% dengan sentimen yang disokong oleh kaunter-kaunter teknologi di Wallstreet.

Di Jepun, Nikkei 225 naik 0.53% yang didorong oleh faktor kelemahan Yen itu sendiri di samping prestasi memberangsangkan di Wallstreet.

“Situasi di Asia adalah tenang ketika ini kecuali situasi yang melibatkan Korea Utara,” kata Kyoya Okazawa ketua pasaran global, Jepun dan Korea di BNP Paribas.

“US dolar telah naik ke paras 114 berbanding Yen, dan ini telah mendorong saham di Jepun,” katanya.

Indeks US dolar ketika ini berada di sekitar 96.15 naik 0.13% setakat pukul 2.52 pm.

Pasaran saham Australia juga ditutup lebih tinggi pada Selasa dengan kaunter-kaunter untung adalah dari sektor carigali. ASX200  naik 0.08% dalam penutupan pasaran sebentar tadi.

Manakala di Malaysia KLSE setakat ini susut 0.04%.

 

The post Prestasi Pasaran Saham Utama Asia Pada Selasa, Nikkei 225 Naik 0.53% appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sK92nZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.