Rheinmetall Memperlihatkan Dron Modular Multi Mission Unmanned Ground Vehicle
Kos melatih anggota tentera moden adalah amat tinggi. Oleh itu nyawa tentera kini tidak dipandang enteng oleh pegawai atasan tentera. Bagi mengurangkan risiko ketika di medan perang, dron mula digunakan bagi menggantikan tugas yang dahulunya dilakukan oleh tentera manusia. Dron Multi Mission Unmanned Ground Vehicle keluaran Rheinmetall ialah yang terkini diperlihatkan.
Dron Multi Mission Unmanned Ground Vehicle (MM UGV) berkonsep modular yang membolehkannya diubahsuai mengikut keperluan misi. Apabila di dalam mod pemantauan, ia boleh dilengkapi dengan sistem kamera teleskop bagi memberikan pemandangan medan perang yang luas. Di dalam mod taktikal pula, mesingan dan pelancar anti kereta kebal pula boleh dipasang. Apabila berfungsi bersama askar infantri ia turut boleh berubah menjadi pengangkut kargo.
Selain MM UGV, terdapat juga IIAI RoBattle 3 keluaran Israel dan THeMis keluaran Singapura dengan kemampuan setanding.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSUe6g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment