Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selamat Tinggal MS Paint – Tidak Lagi Dibangunkan, Dan Mungkin Dibuang Pada Kemaskini Windows Akan Datang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selamat Tinggal MS Paint – Tidak Lagi Dibangunkan, Dan Mungkin Dibuang Pada Kemaskini Windows Akan Datang

Microsoft kini dalam persiapan untuk melancarkan kemaskini sistem operasi terbaru mereka, Windows 10 Fall Creators Update, dan beberapa perkara baru dikongsikan gergasi perkomputeran berkenaan dari hari ke hari. Terkini, Microsoft melalui laman sokongan mereka telah mengumumkan sejumlah ciri-ciri dan perisian yang akan dibuang atau tidak lagi disambung pada Windows 10 Fall Creators Update.

Menurut Microsoft, mereka tidak lagi akan menyertakan aplikasi 3D Builder, Outlook Express, Reader App, Reading List, dan ciri ScreenSaver pada Themes.

Beberapa ciri-ciri ini tidak lagi akan disertakan kerana ia telah diintegrasikan pada perisian atau aplikasi yang lain. Sebagai contoh, Reader App dan Reading List telah diintegrasikan dan disertakan pada Microsoft Edge.

Disamping itu, pada pengumuman sama, Microsoft turut mengumumkan yang mana Microsoft Paint tidak lagi dibangunkan – dan mungkin dibuang pada kemaskini akan datang.

Paint

Seperti ramai sedia maklum, pengguna seluruh dunia mempunyai nostalgia tersendiri bersama Microsoft Paint – apatah lagi ia adalah salah satu penyunting gambar yang sangat pantas dan memudahkan pengguna membuat pelbagai penyuntingan asas melaluinya.

Mungkin langkah ini juga diambil oleh Microsoft memandangkan mereka telah hadir dengan Paint 3D sebelum ini.

Bagi anda, adakah anda masih aktif menggunakan MS Paint, atau telah bergantung kepada perisian penyunting gambar yang lebih berkuasa? Adakah anda akan merindui perisian popular ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eGLqhV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.