RTM haram Despacito berlirik lucah
Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM mengambil keputusan menarik balik kelulusan penyiaran lagu berbahasa Sepanyol itu selepas menerima aduan orang ramai.
PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan segera penyiaran lagu popular yang mengandungi lirik berunsur lucah, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyennya, kata menteri komunikasi dan multimedia.
Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM mengambil keputusan menarik balik kelulusan penyiaran lagu berbahasa Sepanyol itu selepas menerima aduan orang ramai.
“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta,” katanya hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uLbgbj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment