Sony Akan Memulakan Ujian Beta Untuk PS4 System Software 5.0 Pada Awal Ogos
PlayStation 4 merupakan konsol daripada Sony yang sering menawarkan sejumlah ciri-ciri baru melalui kemaskini perisian yang ditawarkan setiap beberapa bulan sekali. Terkini, Sony turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini PS4 System Software 5.0 tidak lama lagi, dan sebagai persediaan awal, mereka akan menawarkan perisian berkenaan dalam bentuk ujian beta kepada para pengguna.
Buat masa ini, Sony tidak mengumumkan sebarang perkara berkenaan apakah ciri-ciri baru yang bakal dibawakan oleh kemaskini perisian baru ini kelak.
Sony hanya mengumumkan yang mana mereka akan memulakan ujian beta untuk PS4 System Software 5.0 pada awal Ogos ini. Pendaftaran minat telah dimulakan untuk pengguna di Jepun dan Amerika Syarikat. Berkemungkinan pihak Sony juga akan membuka ujian beta ini kepada para pengguna di rantau Asia Pasifik ini.
Bagi anda sendiri, apakah kemaskini atau ciri baru yang dinantikan anda pada PlayStation 4?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vkyF0a
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment