Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon 4G “Percuma” Reliance Jio Phone Dilancarkan Di India Dengan Pakej Data Internet Tanpa Had - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon 4G “Percuma” Reliance Jio Phone Dilancarkan Di India Dengan Pakej Data Internet Tanpa Had

Tahun lalu peranti Freedom 251 dilancarkan di India sebagai “telefon pintar termurah di dunia”. Peranti ini walaubagaimanapun gagal memenuhi janji dan mengakibatkan wang pelanggan dipulangkan. Minggu lalu peranti Reliance Jio Phone dilancarkan di India dan ia adalah peranti 4G yang diberikan “percuma”.

Pengguna hanya perlu membayar wang cagaran ₹ 1500 (~RM 99) yang akan dikembalikan semula apabila peranti dipulangkan selepas tiga tahun. Dengan bayaran bulanan ₹153 (~RM 10), pelanggan boleh melakukan panggilan suara percuma, mesej suara percuma dan penggunaan data tanpa had.

Jio Phone bukan sebuah peranti pintar tetapi dilengkapi lampu suluh, aplikasi penstriman video dan muzik. Terdapat sambungan yang membolehkan telefon ini disambung kepada televisyen. Ia turut mempunyai sistem NFC yang membolehkan pembayaran tanpa wang kertas. Pra-tempahan akan dibuka pada 15 Ogos hadapan dan ia akan dijual pada bulan September.

Di India nampaknya terdapat penawaran untuk golongan kurang berkemampuan dengan pakej data yang amat murah. Adakah pakej seperti ini akan menarik minat pembaca Amanz sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqYDzp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.