Hi! Welcome Back and Stay Tune! Turki Tahan 42 Kakitangan Universiti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Turki Tahan 42 Kakitangan Universiti


ISTANBUL: Turki menahan 42 kakitangan dua universiti di Istanbul, termasuk seorang ahli akademik terkenal sebagai sebahagian siasatan kumpulan yang dipersalahkan di atas cubaan rampasan kuasa yang gagal tahun lalu, lapor media hari ini.

Pihak berkuasa mengeluarkan 72 waran tangkap bagi individu yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pimpinan tokoh pembangkang, Fethullah Gulen, yang kini berada di Amerika Syarikat, menurut laporan agensi berita Anadolu.

Seorang daripada yang ditahan ialah ahli akademik Koray Caliskan, kata ahli perundangan parti pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan (CHP), Ogus Kaan Salici, menerusi Twitter.

Ankara menuduh Gulen mengarahkan rampasan kuasa untuk menumbangkan pentadbiran Presiden Recep Tayyip Erdogan tetapi beliau menafikan dakwaan itu.

Kakitangan universiti Bogazici dan Medeniyet dituduh menggunakan aplikasi mesej ByLock, yang didakwa Ankara diwujudkan untuk penyokong Gulen.

Pihak berkuasa mengeluarkan waran penahanan bagi empat kakitangan Universiti Bogazici dan 64 staf Universiti Medeniyet, termasuk 19 profesor sekolah perubatannya, lapor agensi berita Dogan. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tIlkhZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.