Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Mayat Mangsa Yang Hilang Dihantar Oleh Buaya Ke Tebing Sungai. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Mayat Mangsa Yang Hilang Dihantar Oleh Buaya Ke Tebing Sungai.


Tanjung Redeb - Satu rakaman video yang dirakamkan oleh orang ramai menjadi viral di media sosial kerana memaparkan seekor buaya membawa mayat ke tebing sebatang sungai disini.

Difahamkan, video itu dirakam oleh orang ramai di Bitan Lempake, Kabupaten Berau.

Menurut Tribun News, mangsa yang bernama Syarifuddin itu adalah warga setempat.

Mangsa dilaporkan hilang pada Selasa malam dan ditemui hari ini ketika operasi mencari dilakukan oleh polis dan juga warga setempat.

Ketika ditemui oleh pencari, mayat mangsa dilihat sedang diseret oleh buaya dan perkara itu disahkan oleh polis Talisayan, Iptu Faisal Hamid yang berkata: "Mangsa ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia."

Kata Faisal lagi, mangsa meninggal dunia akibat diterkam oleh buaya ketika mandi bersama rakannya yang bernama Abdullah.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan penemuan sejumlah luka gigitan dan cakaran di badan mangsa.

"Ya benar, akibat terkaman buaya," kata Faisal.

Dalam video tersebut, orang ramai kedengaran menjerit kepada buaya agar melepas mayat mangsa.

Turut juga kedengaran suara seorang lelaki yang menyuruh orang ramai membaling batu serta kayu supaya buaya terbabit melepaskan mayat mangsa yang dibawanya itu.


Sumber: Tribun News, Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vDTYcN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.