Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga "Planet of the Apes" Mula Mengganas di MRT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga "Planet of the Apes" Mula Mengganas di MRT



Tarikh 17 Julai 2017 masih lagi segar di dalam ingatan rakyat Malaysia. Pada tarikh berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Mass Rapid Transit (MRT) Fasa dua laluan Sungai Buloh Kajang yang meliputi jarak sejauh 51 kilometer.

Ianya menjadi detik dan lambang kemajuan pengangkutan awam di negara ini sesuai dengan visi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Malah, ianya menjadi lambang kesama tarafan pengangkutan awam negara dengan kebanyakan negara maju di dunia yang bakal menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.

Namun, disaat semua kenangan dan detik bersejarah berkenaan masih menjadi ingatan, rupanya, masih ada rakyat Malaysia yang tidak pernah berubah sikapnya seumpama manusia di zaman batu.

Baru seminggu MRT di rasmikan, sudah ada tangan-tangan nakal yang tidak sedar diuntung sudah mula melakukan vandalisme terhadap kemudahan awam ini. Memetik kenyataan, Pengarah Komunikasi Strategik MyMRT, Najmuddin Abdullah, terdapat goresan di bangku dan dinding dan kerosakan pada tandas di mana sesetengah daripadanya berlaku dua hari selepas MRT beroperasi.

Tidak cukup dengan itu, ada diantara waris keturunan warga "Planet of the Apes" ini turut merosakkan dinding yang memaparkan Rukun Negara yang menjadi teras kepada keperibadian dan kerakyatan setiap seorang rakyat Malaysia. Kenapalah masih wujud manusia sebegini?

Ketika di minta mengulas akan hal ini, seorang wakil daripada Prasarana memberitahu, pihaknya turut kesal dengan sikap segelintir pihak yang sengaja merosakkan kecantikan dan kemudahan yang ada pada MRT ini. Katanya, sikap sebegini jelas bukan melambangkan sikap seorang rakyat Malaysia yang menghargai segala kemudahan pengangkutan awam yang ada di negara ini.

Dia yang enggan namanya disiarkan memberitahu, pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup yang ada di dalam tren berkenaan bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan tindakan vandalisme berkenaan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gVWjNJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.