159 jemaah haji terakhir dari Kelantan
Pix Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Sekumpulan 159 jemaah haji terakhir dari negeri ini berlepas ke Madinah, awal pagi ini.
Majlis keberangkatan mereka di Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Panji, di sini, disempurnakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa ketika ditemui berharap jemaah haji dapat menjaga nama baik negara dan tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan.
"Saya bersyukur kerana dapat bertemu dengan jemaah haji dan diharap mereka selamat sepanjang perjalanan serta sentiasa mendengar arahan daripada Tabung Haji (TH)," katanya.
Yang turut hadir, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia TH, Mohd Hisham Harun dan Pengarah TH Kelantan, Wahyudin Tamimi.
Sumber 159 jemaah haji terakhir dari Kelantan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fi6xau
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment