Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tukar Span Basuh Pinggan Anda Seminggu Sekali Untuk Melawan Kuman - Cadang Saintis Yang Berkata Ia Mungkin Jadi Rumah Kepada 5 Trillion Kuman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tukar Span Basuh Pinggan Anda Seminggu Sekali Untuk Melawan Kuman - Cadang Saintis Yang Berkata Ia Mungkin Jadi Rumah Kepada 5 Trillion Kuman


Jika anda jenis yang suka menyimpan dan menggunakan span basuh pinggan sehingga hitam lebam, anda mungkin perlu berfikir semula tabiat itu kerana satu kajian terbaru oleh pengkaji Jerman berkata alat pembersih itu mungkin menjadi rumah kepada 5 trillion kuman.


Pengkaji itu mengkaji menggunakan 14 span dapur yang sudah digunakan oleh penduduk di selatan barat Jerman dan mendapati alat itu dipenuhi dengan bakteria.

Kata kajian itu juga, usaha untuk membersihkan span yang sudah tercemar itu mungkin hanya akan membuang masa, jadi cara terbaik adalah dengan menukar alat itu seminggu sekali.

Malah, memanaskan guna mikrowave atau air panas hanya berkesan membunuh sedikit dari kuman-kuman di dalamnya.

"Dalam perspektif jangka masa panjang, kaedah pembersihan dilihat tidak mencukupi untuk mengurangkan jumlah bakteria di dalam span dapur dan mungkin meningkatkan jumlah bakteria berkaitan RG2.

"Oleh itu, kami mencadangkan cara yang biasa (dan murah) dengan menukar span dapur, sebagai contoh, setiap seminggu sekali." kata kajian itu.

Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fjpk5u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.