Klip Video “Despacito” Menjadi Video Paling Popular Di YouTube – Melangkaui 3 Bilion Tontonan
YouTube merupakan destinasi utama ramai pengguna apabila ingin menonton atau mencari sebarang video. Kini, takhta video paling popular pada platform berkenaan dipegang oleh klip video lagu “Despacito”, dimana ia telah melangkaui 3 bilion tontonan ketika artikel ini ditulis.
Sebelum ini, takhta berkenaan dipegang oleh lagu “See You Again”, dan sebelum itu adalah lagu “Gangnam Style”.
Apa yang menarik adalah apabila melihat lagu “Despacito” ini hanya mengambil tempoh sekitar tujuh bulan untuk mencapai takhta ini. Sebelum ini, lagu Gangnam Style telah diterbitkan sekitar 2012 dan mengambil masa bertahun sebelum mencapai angka 2 bilion tontonan.
Dengan kepantasan yang dicapai video terbaru ini, tidak mustahil kita melihat video seterusnya yang akan merampas takhta melakukannya dalam tempoh yang lebih singkat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vE2nkc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment