Hi! Welcome Back and Stay Tune! Justin Gatlin sedih dicemuh kerana kemenangannya tewaskan Usain Bolt - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Justin Gatlin sedih dicemuh kerana kemenangannya tewaskan Usain Bolt

LONDON: Justin Gatlin berkata dia amat sedih di atas tindakan penonton yang mencemuh kemenangannya pada final acara 100 meter Kejohanan Dunia, awal pagi tadi.

Justin Gatlin sedih dicemuh kerana kemenangannya tewaskan Usain Bolt

Justin Gatlin sedih dicemuh kerana kemenangannya tewaskan Usain Bolt

 

 

Malah bintang Amerika Syarikat (AS) itu menegaskan dia ‘sudah menerima hukuman’ kerana kesalahan doping dan Usain Bolt yang gagal mempertahankan mahkota kejuaraan, turut bersetuju dengannya.

Gatlin merampas gelaran dunia daripada Bolt dengan mencatat kepantasan 9.92 saat, namun kemenangan atlet berusia 35 tahun itu tidak diiktiraf penonton.

Sebaliknya, dia mendapat cemuhan sebahagian besar peminat olahraga, kesan daripada hukuman penggantungan dua tahun kerana kesalahan doping di awal kariernya.

“Ia agak menyedihkan apabila cemuhan ke atas saya lebih kuat kedengaran berbanding yang menyorak saya,” kata Gatlin kepada pemberita.

“Saya mahu meraikannya dengan penuh bergaya dan sebaik melintasi garisan penamat saya cuba melutut di depan Usain sebagai penghormatan kepadanya.

“Apapun ia tetap malam yang istimewa buat acara trek dan olahraga dan juga untuk Usain; banyak kejayaan yang sudah dilakarnya.

“Saya tidak dicemuh pada 2010, 2011 atau 2012 – atau 13,14 atau 15 – dan kini mula dicemuh.

“Saya sudah kembali. Saya sudah menjalankan khidmat masyarakat. Bercakap kepada kanak-kanak, memberikan inspirasi kepada mereka – itu saja yang mampu saya lakukan,” katanya.

Bolt, yang menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang seorang lagi pelari AS, Christian Coleman, turut bersetuju.

“Saya sering berkata sejak beberapa tahun lalu dia sudah menerima hukuman lampaunya,” kata pelari pecut Jamaica itu yang menjadi individu pertama memeluk Gatlin sebaik tamat perlumbaan.

“Saya OK walaupun dia menang. Saya sentiasa menghormatinya sebagai pencabar. Dia berhak untuk berada di sini, dia bekerja keras untuknya.” – Reuters

Sumber: Bharian



Sumber Justin Gatlin sedih dicemuh kerana kemenangannya tewaskan Usain Bolt

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fiBb3u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.