Jejaka Dari ‘Kelate’ Bawa Isteri Korea Balik Kampung Jumpa Sanak Saudara…CANTIK!!!
Muhammad Khalid bukanlah seorang selebriti terkenal di Malaysia, tetapi dia pernah muncul di dalam sebuah rancangan bual bicara di Korea Selatan. Sebelum ini, tidak banyak informasi yang diketahui mengenai beliau selain beliau menetap di Korea Selatan. Tetapi terdapat sesuatu yang menarik tumpuan ramai, iaitu mengenai isterinya dari Korea Selatan.
Khalid, 29 tahun dilaporkan kelihatan bersama isterinya Lee-Seul berusia 28 tahun di Kelantan. Khalid membawa isteri jelitanya balik ke kampung halamannya untuk bertemu sanak dan saudara di kampung. Pasangan tersebut baru sahaja berkahwin iaitu pada bulan April tahun ini dan tinggal bersama di Gunpi, Gyeonggi, Korea Selatan. Khalid juga telah memuat naik gambar mereka selepas pasangan itu berkahwin di laman Facebook. Khalid menulis dalam perkongsiannya di laman sosial Facebook,
“Selepas pelbagai cabaran, akhirnya saya dapat memulakan kisah cinta saya di Korea.” “Terima kasih kepada Tuhan atas acara ‘akad nikah’ yang berjalan lancar di Imam Masjid di Seoul Tengah. “Majlis resepsi perkahwinan belah pengantin wanita akan dijalankan mengikut budaya Korea Selatan pada 14 Oktober 2017 di Suwon, Korea dan majlis belah pengantin lelaki akan dijalankan di Kelantan pada tahun 2018.” Tahniah atas perkahwinan pasangan ini.
Tidak lama sebelum ini, lelaki berusia 29 tahun ini telah mempamerkan Malaysia sebagai negara yang indah dalam sebuah rancangan bual bicara di Korea. Dalam episode ke-95 rancangan ‘Non-Summit’ (비정상회담), Khalid telah dijemput untuk berbincang mengenai negara Malaysia kepada ahli panel dari Korea Selatan dan beberapa orang dari negara asing.
Dia telah menceritakan mengenai keindahan Malaysia seperti keindahan demografik berbilang bangsa dan budaya di Malaysia serya lokasi percutian yang cantik serta kaya dengan flora dan fauna. Dia juga pernah dijemput sebagai panel dalam episode 131 rancangan tersebut pada awal 2017. Video beliau dalam rancangan tersebut menjadi tular di atas talian. Masyarakat Malaysia berbangga mendengar negara kita mendapat pujian dan pandangan positif dari masyarakat luar.
Sumber: Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fkkyVs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment