Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Lembu pun tak nak padang macam ni” – Felda United kalah, B Sathianathan salahkan kualiti padang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Lembu pun tak nak padang macam ni” – Felda United kalah, B Sathianathan salahkan kualiti padang

KOTA BHARU: Ketua jurulatih FELDA United, B Sathianathan menyalahkan kualiti padang menjadi punca skuad kendaliannya gagal menewaskan Kelantan dalam aksi Liga Super, malam tadi.

 

"Lembu pun tak nak padang macam ni" - Felda United kalah, B Sathianathan salahkan kualiti padang

“Lembu pun tak nak padang macam ni” – Felda United kalah, B Sathianathan salahkan kualiti padang

 

 

Katanya, kualiti padang di Stadium Sultan Muhammad IV perlu segera dipulihkan kerana ia menjejaskan permainan sesebuah pasukan yang menerapkan corak hantaran berpasukan.

“Dulu, Kelantan memang satu tempat yang susah untuk menang tetapi sekarang keadaan mereka menjadi tidak selesa jika bermain di tempat sendiri.

“Antara punca adalah padang… tolonglah baiki padang itu dulu kerana ia tidak sesuai dengan permainan pasukan Kelantan dan mana-mana pasukan yang mengamalkan permainan corak hantaran berpasukan.

“Dulu semasa saya bimbing Kelantan, saya ingat padang mereka antara yang terbaik dalam Malaysia tetapi sekarang ini, saya ingat kalau bawa lembu pun tak nak dengan padang macam ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Sehubungan itu, Sathianathan menggesa pihak pengurusan pasukan Kelantan meneliti semula kualiti padang dan memanfaatkan rehat sebulan lebih untuk memperbaiki padang berkenaan.

“Sekarang baru saya tahu kenapa Kelantan asyik kalah di tempat sendiri dan salah satunya adalah padang… kalau padang macam ini, ramai pemain boleh cedera dan saya fikir Badhri Radzi (Piya) dan lain-lain cedera disebabkan oleh padang.

“Kita kena jaga padang itu, baharu kita dapatkan permainan yang cantik, jadi saya harap pihak terbabit tolonglah ambil masa rehat tiga, empat minggu selepas ini untuk baiki padang,” katanya.

Ditanya mengenai punca lain menyebabkan pasukannya gagal membawa pulang tiga mata penuh, beliau menyifatkan keletihan pemain turut menjadi punca, sekali gus mereka banyak melakukan kesilapan dan gagal bangkit pada separuh masa kedua.

“Saya tak mahu salahkan pemain, mereka sudah buat yang terbaik… mungkin faktor lain adalah kepenatan,” katanya.

FELDA United dan Kelantan terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas terikat 1-1.

Sumber: Bharian



Sumber “Lembu pun tak nak padang macam ni” – Felda United kalah, B Sathianathan salahkan kualiti padang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v9tLFA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.