Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Clare gagal kes pra-perbicaraan kerana mahkamah London yakini sistem Malaysia’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Clare gagal kes pra-perbicaraan kerana mahkamah London yakini sistem Malaysia’

Mahkamah London berpandangan editor Sarawak Report itu boleh mendapatkan kos di Malaysia jika Hadi kalah kes fitnahnya, jelas peguam Americk Sidhu.

americk-sidhu-3

PETALING JAYA: Keputusan mahkamah London minggu lalu membuktikan orang asing masih boleh menguatkuasakan keputusan mahkamah di sini kerana sistem kehakiman Malaysia masih utuh.

Begitu hasil daripada kegagalan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown memaksa mahkamah dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan sandaran lebih tinggi sebagai kos sebelum saman fitnah Hadi diteruskan.

Peguam Americk Sidhu berkata mahkamah pada ketika ini tidak yakin dengan kebimbangan Clare yang beliau akan berdepan kesukaran menguatkusakan keputusan untuk kos itu yang mungkin merupakan jumlah yang besar.

“Mahkamah di sana tidak percaya beliau tidak boleh menguatkuasakan keputusan atas alasan mungkin ada manipulasi politik dalam proses keadilan Malaysia,” katanya.

Americk, yang mengendalikan kes sivil, berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengapa Clare diarah membayar Hadi 2/3 daripada kos Hadi apabila mahkamah di sana menolak permohonannya.

Setiausaha Politik Hadi Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Clare sekarang perlu membayar £15,000 (RM83,700) kepada Hadi, dengan bakinya akan ditentukan mahkamah nanti.

Pemimpin PAS itu, yang memfailkan saman pada April, diarah meletakkan RM80,000 sebagai sandaran, sekiranya beliau tewas dalam kes terhadap Clare.

Keputusan dibuat pada 2 Ogos lalu.

Firma guaman Carter-Ruck dan barister Jacob Dean, yang mewakili Hadi, berhujah ada undang-undang yang mantap antara United Kingdom dan Malaysia yang membolehkan Clare menuntut kos melalui mahkamah di Malaysia.

“Hujah Clare yang beliau tidak akan berjaya membawa saman ke atas Hadi di Malaysia kerana badan kehakiman, kerajaan dan perdana menteri yang korup dan bersubahat dengan Hadi ditolak mahkamah.

“Pada pemerhatian mahkamah, tuduhan-tuduhan yang serius ini tidak disokong oleh apa-apa bukti dari Clare pun, walaupun mempunyai beberapa bulan untuk menyediakannya.”

Editor Sarawak Report itu mahu Hadi meletakkan deposit £800,000 (RM4.47 juta) di mahkamah supaya beliau tidak perlu bergantung kepada mahkamah Malaysia untuk menguatkuasakan keputusan itu, kata Samsuri dalam kenyataan semalam.

Sekiranya Hadi menang saman itu, mahkamah akan memberi ganti rugi termasuk kos kepadanya. Bagaimanapun, jika hakim perbicaraan menolak kes itu, Clare hanya layak meneroma kos.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi London berkaitan dengan artikel yang ditulis Clare pada Ogos 2016.

Dilaporkan Sarawak Report mengeluarkan artikel yang mendakwa “difahamkan” RM90 juta masuk ke akaun pimpinan tertinggi PAS untuk memikat mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Mahkamah juga memerintahkan Clare mengemukakan pembelaannya dalam masa 21 hari.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber ‘Clare gagal kes pra-perbicaraan kerana mahkamah London yakini sistem Malaysia’

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wjMuN6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.