Fattah Amin Terima Bayaran Termahal Walau Dilabel ‘Kayu’
WALAUPUN lakonannya sentiasa dikritik sebagai ‘kayu’, namun aktor popular Fattah Amin ini tersenarai di antara pelakon yang menerima bayaran termahal di kalangan pelakon tanah air.
Hal ini dimaklumkan pengarah terkenal Michael Ang menerusi video yang dikongsikannya di laman Instagram.
Michael atau lebih dikenali sebagai Mike mendedahkan hal itu bagi menjawab persoalan netizen mengenai siapa di antara pelakon yang menerima bayaran termahal.
Malah, Mike turut melabelkan Fattah di antara pelakon gred A, duduk sebaris dengan Erra Fazira, Aaron Aziz dan Janna Nick lapor Mynewshub.
“Artis paling mahal? Banyak je artis mahal… Aaron mahal, Fattah mahal, Janna Nick mahal, Erra Fazira mahal.
“Semua artis-artis A tu mahal la… Kalau tak mahal, taklah A dia orang,” kata Mike.
Mike merupakan antara pengarah yang telah berjaya melonjakkan nama Fattah apabila gandingan aktor itu bersama Neelofa menerusi drama Suri Hati Mr Pilot berjaya mencipta fenomena Lofattah di kalangan peminat kedua-dua selebriti tersebut.
Walaupun fenomena Lofattah hangat tercetus, namun ada juga di kalangan netizen yang tidak menggemari lakonan Fattah yang disifatkan mereka sedikit kayu.
Namun, hal itu tidak menjadi nanah buat pelakon berusia 27 tahun itu sebaliknya, biarpun hebat dikritik, namanya telah dijulang sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-30, tahun lalu berkat sokongan peminat setianya.
Sumber Fattah Amin Terima Bayaran Termahal Walau Dilabel ‘Kayu’
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vn8PLw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment